Profile Syarikat

Syok computer centre (pg0205455-x)

 

 

 

 

 

 

Syok Computer Centre ditubuhkan pada 9.9.2007 dan syarikat milikan tunggal ini dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera iaitu En. Mohd Fuad Bin Ishak. Syarikat kami adalah sebuah syarikat yang berasaskan teknologi maklumat yang memberi perkhidmatan internet untuk orang awam disekitar Kulim, Kedah.

SyokHost.Com dilancarkan pada April 2010 dan ianya adalah anak syarikat baru di bawah Syok Computer Centre yang berperanan membekalkan perkhidmatan Web Hosting untuk seluruh pengguna di seluruh Malaysia. Harga yang ditawarkan amat murah dan kami yakin semua lapisan dapat memilikinya..

 

Objektif Syarikat

Objektif penubuhan syarikat ialah membekalkan perkhidmatan web hosting yang berkualiti disamping harga yang tersangat murah dan mampu dimiliki oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia.

Menjadikan syokhost, hosting pilihan utama orang ramai adalah apa yang kami ketengahkan. Kepakaran yang kami ada dalam bidang ini akan digunakan sepenuhnya untuk membantu para pelanggan kami yang menghadapi masalah dalam mengendalikan masalah hosting.

 

 

Misi & Visi

  • Misi kami adalah menjadi pembekal webhosting yang terkenal dengan hosting yang laju dan harga yang murah serta berkualiti untuk semua lapisan umur samada golongan pelajar mahupun professional.

    Visi kami menyediakan perkhidmatan berkualiti serta memberikan perkhidmatan sokongan yang sempurna adalah paling utama bagi kami untuk para pelanggan. Sebarang masalah yang timbul akan cuba diselesaikan dengan kadar yang cepat. Kepuasan pelanggan adalah perkara yang paling dititikberatkan.