Syarat Langganan

sYARAT DAN TERMA LANGGANAN HOSTING & DOMAIN

Dengan menekan tick pada "I have read and agree to the Terms of Service" ketika mendaftar akaun di billing sistem kami, anda telah bersetuju dengan syarat-syarat serta terma yang telah ditetapkan oleh Syok Computer Centre di halaman Syarat & Terma ini.

Sila patuhi syarat-syarat seperti di bawah.

  • Tidak melakukan aktviti phishing, hacking dan spamming atau mass email ketika melanggan.
  • Menyediakan perkhidmatan atau melakukan aktiviti perjudian online, phishing, hacking, downloading mp3, patch game, installer game, porno, 3gp, movies piracy, leeching dengan menggunakan Shared Webhosting Syokhost kepada pengguna website adalah dilarang sama sekali.
  • Penggunaan chatting script, javachat, irc scripting adalah dilarang dalam hosting kerana scripting ini akan menggunakan resource yang tinggi dan menyebabkan pelanggan hosting yang lain terganggu.
  • Anda bebas untuk memuat naik sebarang data melainkan file itu mengandungi media lucah atau copyrights.
  • Kegagalan mematuhi syarat di atas akan menyebabkan hosting akaun anda berisiko utk diterminate.

Backup Data


Khidmat Backup RM15 (RM1.25 sebulan)

Sayangilah data anda, dengan melanggan khidmat backup RM15, data anda terjamin selamat kerana data-data tersebut akan dibackup setiap minggu dan disimpan 4 minggu sebulan ke secondary disk.

Kami menasihati anda, sekiranya tidak melanggan khidmat backup data, sila lakukan backup data dari cPanel ke PC atau External HDD setiap minggu atau sekurang-kurangnya sebulan sekali.

Penting: Sekiranya anda tidak melanggan khidmat backup yang kami sediakan ini, kami tidak bertanggungjawab sekiranya data anda hilang disebabkan oleh hacking, masalah hardware server dan lain-lain.

KELEBIHAN MELANGGAN KHIDMAT BACKUP

Sekiranya terjadi perkara yang tidak diingini di mana data anda hilang disebabkan hacker. Anda boleh request daripada kami untuk restore semula data anda yang server backup pada setiap sabtu dengan hanya Whatsapp kami. Proses restore selalunya hanya mengambil masa kurang dari 10minit.

Jaminan 30hari

Pulangan wang dalam masa 30 hari

Dalam masa 30hari selepas pembayaran dibuat anda berhak untuk membuat permintaan pulangan wang jika anda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan web hosting yang kami sediakan. Namun jaminan ini hanya tertakluk jika anda mematuhi syarat dan terma langganan hosting. Jumlah Refund akan ditolak kos fpx / credit card dan valid untuk hosting sahaja tidak termasuk domain yang telah aktif

proses pulangan wang

Proses pulangan wang akan dibuat melalui cek sahaja di mana cek tersebut akan dihantar ke alamat pelanggan dalam masa 7hari bekerja.