Awas Berwaspada! Amaran Email Phishing!

  • Monday, 22nd August, 2022
  • 16:01pm

Salam Sejahtera,

Sejak akhir-akhir ini kami menerima beberapa laporan mengenai Email Phishing terhadap pelanggan Syokhost.

Sekiranya anda menerima email dari sender yang menyamar kononnya dari Syokhost yang meminta mengemaskini password di link yg diberimohon jangan klik link itu.

Itu adalah teknik yang digunakan oleh hacker untuk Phishing Email account anda bagi tujuan jenayah siber.

Kami di Syokhost tidak pernah sesekali meminta anda mengemaskini password email, cpanel atau apa sahaja password. Sekiranya anda menerima email seperti itu abaikan dan label as spam.

Sebarang masalah anda boleh ajukan kepada kami di WS 012 542 5324.

Best Regards,
SYOKHOST.COM

« Back