Data anda kini di Server Dual Xeon SSD yang baru!

  • Tuesday, 10th March, 2020
  • 04:56am

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Terlebih dahulu kami ucapkan ribuan terima kasih kepada anda yang masih setia menjadi pelanggan kami sehingga kini.
Sekiranya anda masih ada akaun hosting yang aktif dengan kami, sukacitanya ingin dimaklumkan bahawa data anda telah selamat dipindahkan ke Server SSD yang baru semenjak 4 hari yang lalu.


Berikut adalah kelebihan-kelebihan terbaru yang terdapat di server baru ini:

Kelebihan 1: cPanel versi terkini & RVsitebuilder CMS

Server baru ini menggunakan cPanel latest version yang cantik dan dilengkapi dengan Php Selector bermula dari php version 4.4 sehingga 7.3+ versi terkini. Anda bebas untuk running script old version asalkan aturcara anda menyokong MySQL database versi 5.7. Selain daripada kepelbagaian fungsi baru yang terdapat di cPanel, anda juga dapat menikmati penggunaan perisian pembinaan website berlesen iaitu RVsitebuilder CMS tanpa sebarang cas tambahan!. Perisian terbaru RVsitebuilder ini adalah lebih mudah digunakan berbanding model yang terdahulu di mana ia hanya memerlukan beberapa langkah sahaja untuk menyiapkan laman anda dari pemilihan template sehingga siap sepenuhnya. Tak sabar nak cuba? jadi apa tunggu lagi login ke cPanel anda sekarang. 


Kelebihan 2: SSL percuma!
https://www.syokhost.com/images/ssl.pngComodo SSL
Semua website anda yang melanggan pakej hosting dengan kami secara automatik menerima SSL https dengan percuma. SSL anda diaktifkan oleh Sectigo yang pada dahulunya ia dikenali sebagai Comodo SSL. Kini anda tidak perlu bersusah payah lagi beli cert berasingan seperti ketika dahulu untuk mendapatkan logo kunci SSL ini.
Sekiranya anda menggunakan wordpress, anda hanya perlu enablekan di wp-admin -> general -> http tukar ke https://  bagi mendapat logo kunci ini. Jika anda menghadapi kesulitan, anda boleh berhubung dengan kami melalui support ticket ataupun telegram hotline kami.


Kelebihan 3: SSD Samsung 860 EVO!

Bagi menjamin prestasi yang optimum, server baru ini dikuasakan oleh Intel Dual Xeon 20 Cores dan disokong oleh SSD PREMIUM Samsung 860 EVO sebagai peranti simpanan data yang sangat laju. Anda dapat merasai kelajuan ini sendiri ketika melayari laman web anda di mana ianya hanya mengambil beberapa saat untuk memuat turun ke semua kandungan.

SSD ini sangat ideal dan laju digunakan untuk memproses data pada platform canggih seperti Wordpress, Joomla, Magento, Opencart, Prestashop dan lain-lain.


Kelebihan 4: Kapasiti RAM sehingga 16GB!

Kami faham kehendak anda, kebanyakkan anda yang melanggan pakej hosting dengan kami adalah daripada latar belakang graphic & multimedia serta mempunyai kepakaran yang tinggi dalam pembinaan laman web dan aturcara, jadi kehendak anda memerlukan ram yang tinggi untuk menambah pelbagai plugin, template dan sebagainya. Semua ini memerlukan ram. Setelah meneliti dan mengambil kira kapasiti ram yang besar di server, kami telah membuat keputusan di mana semua pakej di server baru ini adalah bermula dari 256Mb sehingga 16GB RAM bergantung kepada langganan pakej. Kami yakin tiada Webhoster di Malaysia yang memberikan pakej shared hosting dengan physical memory sebegini tinggi dengan harga yang sangat murah. 

RAM adalah komponen kedua terpenting selepas CPU untuk menyimpan memory sementara aturcara script, mySQL, webmail dan lain-lain. Fungsinya sangat penting untuk melancarkan capaian data dan pemprosesan maklumat di server.


Diharap, dengan penjelasan terperinci ini dapat memberi gambaran sebenar kepada anda tentang kehebatan server yang anda gunakan sekarang ini.

Terima kasih kerana meluangkan masa & selamat maju jaya.

Best Regards,
SYOKHOST.COM

« Back