Salam 1 Malaysia kepada semua pelanggan syokhost.com,

Dukacita ingin kami maklumkan bahawa pada jam 12.05tgh hari 25/2/2011 server syokhost.com telah dishutdown oleh TM atas reason phishing site. Kami amat kesali atas kesukaran anda mengakses web anda ketika itu.

Setelah server syokhost.com dipertingkatkan security firewall bulan lepas, tiada lagi masalah seperti phishing, spamming seperti dahulu muncul dalam syokhost.com. Namun server syokhost.com tetap dishutdown oleh TM siang tadi..

TM mendakwa bahawa url phishing pelanggan berkenaan masih wujud. Setelah semakan dibuat di dalam server kami dapati file yang berkaitan dengan url yang didakwa tidak wujud dan ianya telah dipadam pada waktu dahulu dan ianya adalah kes lama..

Kami pun cuba menyiasat sekali lagi mengapa url yang didakwa masih boleh akses pagenya sedangkan file yang diakses tersebut tiada dalam server, dan sepatutnya web akan memberitahu error 404(webpage not found) jika file yang ingin diakses tidak dijumpai.

Rupa-rupanya, pelanggan tersebut telah mengubah coding default error 404 nya di dalam cpanel serta di dalam joomla default error page kepada coding laman web.

Jadi di sini berlakulah kekeliruan bagi pihak TM kerana mereka menyangkakan phishing url tersebut masih wujud, jadi kami amat menasihati para pelanggan supaya tidak mengubah error page yang terdapat dalam cpanel ataupun mengubahsuai di dalam cms yg anda supaya tidak mengelirukan semua pihak.

Sekali lagi, kami mohon ribuan kemaafan di atas apa yang berlaku.

Regards,
Mohd Fuad Ishak.
SyokHost.Com



Friday, February 25, 2011





« Back