Kepada semua pelanggan yang dihargai,

Pada hari jumaat 4/2/2011 server syokhost.com telah dishutdown oleh pihak netmyne tm kerana terlalu banyak phishing site di dalam server ini. Setelah berunding dengan pihak data centre akhirnya server syokhost.com dibenarkan beroperasi semula beberapa jam kemudian.

Sehubungan dengan itu, kami telah menaiktaraf server syokhost.com dengan menginstall beberapa fungsian firewall untuk mengoptimumkan security pelayan. Jadi kami ingin memberi peringatan kepada semua pelanggan hosting syokhost.com agar memastikan akaun hosting anda sentiasa berada dalam keadaan selamat. Jika anda dapati ada file yang bukan milik anda diupload ke dalam cpanel, sila padamkan serta merta.

Untuk keselamatan, jangan sesekali upload script, plugin, template yang dibekalkan selain daripada official website cms seperti joomla.com, drupal, wordpress dan seangkatan dengannya, melainkan anda pakar dengan bahasa pengaturcaraan untuk mengesan backdoor.

Ini kerana jika anda menggunakan script yang dioffer di web selain dari official, mungkin scripting percuma tersebut telah diletak coding backdoor yang telah diencrypt supaya file tersebut tidak dapat dikesan oleh antivirus server. Seterusnya apabila anda mengupload ia ke server, pencipta tersebut dapat (hacking)godam account hosting anda dan menjadikan akaun hosting anda sebagai tempat phishing atau spamming. Yang menjadi mangsa adalah anda. Jadi sila berhati2..

Sebarang masalah sila buka ticket di support department atau emailkan terus ke syokhost@gmail.com.

Regards,
SyokHost.Com



Sunday, February 6, 2011





« Back