Untuk lebih faham Sila baca mengikut date dari bawah............



Berkemungkinan beberapa website data tidak terkini - 3/5/2013 12.14AM


Kepada pelanggan yang dihargai,
Info ini khas utk pelanggan yang mendaftar sebelum 29.4.2013 sahaja.
Info ini juga khas utk pelanggan yang tidak melanggan "Khidmat Backup - Setiap Minggu RM15/year"

Jika anda dapati website anda tidak di-restore ke data terkini yg bertarikh 28.4.2013 sila maklumkan kepada kami utk semakan

Sila buka support ticket di www.syokhost.com/billing/clientarea.php





Recovering & Restoring Process Completed- 2/5/2013 8.20PM
Kepada pelanggan yang dihargai,



Bagi pelanggan yang tidak tahu apa sebenarnya berlaku boleh rujuk di sini - http://www.syokhost.com/billing/announcements.php?id=23


Berita gembira, setelah bersusah payah berhari-hari recovering data hdd yang rosak tu akhirnya kami berjaya juga recover ke semua data pelanggan yang tidak melanggan "Khidmat Backup - Setiap Minggu - RM15/year". Nasib menyebelahi, andai kata hard disk tersebut tidak dpt ON langsung, maka jawabnya data2 pelanggan yg tidak melanggan khidmat backup ini tidak dpt diselamatkan lagi..

Kami tersangatlah berterima kasih kepada semua pelanggan yang memahami menanti laman web mereka siap direstore sepenuhnya ke hard disk server baru, kerjasama dan kesabaran yang diberi amat2lah dihargai..

Selepas ini, pelanggan yang tidak melanggan "Khidmat Backup - Setiap Minggu - RM15/year” , diharap pertimbangkanlah untuk ambil servis tersebut. Jika rasa data anda amat2 berharga, ambillah untuk elak masalah yang tidak diingini berlaku di waktu akan datang. Jika dikira betul2, sebulan hanya RM1.25 sahaja utk kos backup setiap minggu tersebut, apalah sangat jika nak dibandingkan uptime website anda yang berharga itu..

Untuk subscribe servis backup sila login ke billing system cari - Services -> View Available Addons -> Khidmat Backup. Invoice akan dihantar selepas anda menekan butang Order Now

Jika anda tekad tidak mahu mengambil servis tersebut, diharap backuplah data anda selalu dan jangan apabila terjadi sesuatu yang tidak diingini anda menyalahkan kami pula di atas kecuaian sendiri..

Sebarang pertanyaan boleh hubungi support ticket atau call 012-5425324(Fuad) utk lanjutan atau buka support ticket di web..

Best Regards,
Syok's Owner
Mohd Fuad Bin Ishak.





Recovering Process - 2/5/2013 1.49:PM
Info ini khas utk pelanggan yang mendaftar sebelum 29.4.2013 sahaja.

Bagi pelanggan yang tidak melanggan khidmat backup:

Ketika ini kami sudah berjaya recover 94% data dari hdd yang rosak itu. Dijangka siap mungkin 5-7jam lg, setelah siap recover kami akan restore data anda ke server dan account & website dijangka boleh operasi semula sebelum tgh malam ini.(2.5.2013)

Kami tidak mengenakan sebarang bayaran utk kos recover ini kerana kami menghargai anda dan diharap usaha sedaya upaya yang berterusan berhari2 ini membuahkan hasil.. jika tidak berjaya juga anda terpaksa buat baru website anda..

Regards,
Syok's Owner.
Mohd Fuad B. Ishak.



Recovering Process - 30/4/2013 8.49:PM
Info ini khas utk pelanggan yang mendaftar sebelum 29.4.2013 sahaja.



Bagi pelanggan yang melanggan "Khidmat Backup - Setiap Minggu RM15/year", website anda telah berjaya direcover sepenuhnya semenjak 28.4.2013 lagi. Anda boleh meneruskan aktiviti seperti biasa mulai hari ini.

Bagi pelanggan yang tidak melanggan khidmat backup:

Ketika ini kami baru berjaya recover 34% data dari hdd yang rosak itu. Dijangka siap mungkin 1-2hari lg.

Sesiapa yang ingin website hidup segera dengan hosting yang kosong seperti mula2 beli, sila request / maklumkan melalui support ticket http://www.syokhost.com/billing/clientarea.php .
Mungkin anda mempunyai manual backup yang telah didownload sebelum ini ke dalam pc dan ingin upload semula backup dengan sendiri ke server supaya laman web dpt beroperasi dengan cepat.

Jika anda masih berminat untuk menunggu kami recover data dari hdd yang rosak itu, sila bersabar dan tunggu sehingga keseluruhan proses selesai.

Mengapa kebanyakkan website yang tidak melanggan "Khidmat Backup" lambat sangat pulih ?
1. Data anda yang sihat tiada dalam hard disk secondary(BACKUP DISK) kerana anda tidak melanggan khidmat backup.
2. Hard disk rosak dan bad sector terlampau banyak utk dibaiki.
3. Data pelanggan besar, bukan dimiliki oleh seorang tp 1ribu +.
4. Pelbagai software recovery dicuba dan banyak masa dibuang sebelum menjumpai recovery tool yang betul2 bersesuaian dgn hdd yg rosak.

Sebarang info terkini akan diberitahu melalui email. Untuk pertanyaan sila hubungi 012-5425324(Fuad: available only 2pm-1am) , support ticket 24hours.




Server down - 28/4/2013 10.25PM

Kepada pelanggan yang dihargai,

Berhubung isu semalam (27/4/2013) hard disk rosak.

Seperti dijanjikan untuk menukar hdd, kami telah pun tukar hard disk baru pd 28/4/2013 pukul 12.05PM. Berikut adalah penerangan details

1. Kami cuba pindah data dari hdd lama ke hdd baru, namun gagal kerana terdapat banyak bad sector dan akan cuba diselesaikan menggunakan recovery tools pd 29/4 * 30/4/13. 

2. Oleh itu,tanpa membuang masa kerana kami perlu upkan server dengan cepat, proses menginstallasi fresh operating system os ke hdd baru dijalankan dan cuba boot up pd server dan dapati server tidak berjalan sepatutnya dimana teramat slow loading files.. ini menunjukkan server tersebut mmg mengalami banyak kerosakan.. Suspect motherboard rosak, model motherboard tersebut tidak dikeluarkan lagi pd tahun ini dan sukar dicari ganti kerana dah "end of life", yang ada pun recond.

3. Untuk menjamin prestasi yang baik dan mengelakkan daripada membaiki server lama, kami telah menyediakan server baru dan processor ini baru sahaja dilancarkan pada tahun lalu di mana ia menggunakan architecture terkini yang diberi nama Intel Xeon E3-1230V2 untuk beroperasi semula..

4. Setelah server siap disediakan, proses installasi Operating System, Cpanel telah dijalankan.. dan alhamdulillah server online di internet dengan sempurna..

5. Kini ketika saya (Fuad), menulis info ini baru 13% daripada data pelanggan yang melanggan (Khidmat Backup RM15/year) berjaya dimuat naik dari hard disk secondary yang disediakan khas utk servis khidmat backup tersebut.

6. Kepada pelanggan yang tidak melanggan khidmat backup, laman web anda tidak dpt beroperasi lagi kerana data anda tiada dalam hard disk secondary(Khidmat Backup RM15/year). Kami akan cuba sedaya upaya recover data anda esok 29/4, dan berharap akan berjaya.

7. Sekiranya data anda (pelanggan yg tidak langgan khidmat backup), tidak berjaya direcover, anda terpaksa membina semula laman web atau pun memuat naik semula data yg anda backup ke dalam ke account hosting anda.

Klik di sini untuk penerangan details mengenai servis backup

Sebarang info terkini mengenai status data pelanggan yang tidak melanggan khidmat backup akan diupdate pada Announcement esok.



Server down - 27/4/2013 - copy /paste from auto reply mail syokhost@gmail.com
Kepada pelanggan yang dihargai,

Semenjak 2-3hari lepas jika anda perasan, server kami bermasalah sekejap boleh akses sekejap tidak, kejap laju kejap slow.

Jadi semenjak 2hari lepas kami investigate issue ini dengan menukar beberapa applikasi pd server namun tidak berjaya dan menjadi lebih teruk pg ini (27/4/2013)..

Akhirnya pada hari ini baru kami dpt kesan, faktor utama adalah disebabkan Hard Disk nak rosak sekejap boleh reading kejap tidak..

Sehubungan dengan itu, hard disk baru akan dibeli esok pg dan proses transfer data pelanggan ke hard disk baru dijangka siap sehingga pukul 6ptg esok atau selewat2nya tgh malam esok..

Kemungkinan besar, jika hard disk tersebut rosak terus esok dan tidak berjaya dicopy, data pelanggan yang tidak melanggan Khidmat Backup RM15/year tidak dpt diselamatkan, kami akan gunakan hard disk secondary (Backup RM15/year) utk restore semula data pelanggan ke hard disk baru..

Bagi pelanggan yang tidak pernah melanggan khidmat backup selama ini, kami syorkan langganlah servis tersebut selepas ini bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berulang di masa hadapan.
Perkara begini kita tidak akan tahu bila akan berlaku dan sangat jarang berlaku di syokhost.com, dan ini adalah pertama kali servis kami bermasalah melebihi 24jam..

Kesabaran pihak tuan / puan amat2lah kami hargai..

-from Fuad


Sunday, April 28, 2013





« Back