Kepada Pelanggan,

Sukacita ingin kami maklumkan bahawa kami telah menjadualkan di dalam pengoperasian server di mana data-data hosting anda akan di backup ke hard disk secondary setiap minggu & bulanan..

Harga khidmat backup ini adalah RM15/setahun

 

Mengapa pentingnya backup?

Jika terjadi apa2 yang tidak diingini pada website anda, seperti digodam, anda tidak perlu risau berkenaan kehilangan data. Ini kerana anda boleh dapatkan data anda semula yang terkini yang dibackup oleh sistem pada setiap Jumaat. Apa perlu anda buat hanya request restore data dari kami di suppport ticket. Berapa Kosnya utk restore? Dont worry.. percuma jer.. ;-)

 

Hari yg dipilih untuk proses backup adalah pada hari Jumaat pukul 2.00 pagi setiap minggu. Proses selalu mengambil masa dari pukul 2pg-8pagi pd hari berkenaan bergantung kepada jumlah muatan data.

Jadi dalam waktu itu (Jumaat 2.00pg-8pg) anda dinasihatkan supaya tidak melakukan apa2 perubahan pada hosting bagi membolehkan server backup data anda dengan cepat & selamat.

Kami tidak lagi backup data setiap hari seperti sebelum ini kerana server menampung bebanan yg tinggi setiap hari ketika melakukan proses backup ini.

Perkhidmatan untuk restore data hosting anda ke mingguan, monthly adalah percuma jika website anda berlaku sebarang masalah yang tidak diingini..



Peringatan penting:

Pelanggan yang tidak melanggan Khidmat Backup ini dinasihatkan supaya backup sendiri data anda setiap hari atau minggu atau bulanan menggunakan tools yang disediakan dalam cPanel (Backup), dan download backup tersebut ke dalam pc anda bagi mengelakan kesulitan dan perkara yg tidak diingini.


Jika anda tidak subscribe Khidmat Backup ini keselamatan data hosting adalah tanggungjawab anda di mana kami tidak bertanggungjawab sekiranya data anda hilang disebabkan oleh digodam, tersalah padam atau masalah teknikal server kami.

Jaminan backup data hanya diberikan kepada pelanggan yang melanggan.



Tuesday, October 11, 2011







« Back