Sukacita ingin kami maklumkan bahawa server syokhost.com skrg (Intel Dual Core) akan kami naiktaraf ke server yang lebih mahal dan berkelajuan tinggi iaitu Intel Dual Quad Core Xeon.

Sehubungan dengan itu, kami amat mengesyorkan kepada semua pelanggan sila lakukan backup data penting laman web anda ke dalam pc sebagai langkah berjaga-jaga jika process migration ke server tersebut mengalami sebarang masalah yang tidak dijangka.

Tujuan kami menaiktaraf server berkelajuan tinggi ini adalah kerana hosting kami semakin hari semakin mendapat sambutan yang menggalakkan dikalangan pelanggan khususnya Anak Malaysia, jadi untuk memastikan kelajuan laman web anda sentiasa berada pada tahap optimum kami perlu menaiktaraf server ini ke tahap yang lebih tinggi.

Proses ini mengambil masa 3hari dan akan dimulakan pada 2.7.2011 sehingga 5.7.2011 bergantung kepada penyediaan perkakasan server, program server dan proses pemindahan data.
InsyaAllah pada 6.7.2011 semuanya boleh diakses seperti biasa..

Jadi dalam waktu itu laman web anda akan down dan tidak boleh diakses.. sila maklumkan kepada pelawat / pelanggan laman web anda berkenaan proses pemindahan ini.

Kami mohon maaf di atas kesulitan ini..



Monday, June 27, 2011





« Back